Platform Perdagangan dan Pelaburan Yang Terkemuka di Dunia

Khidmat Pelanggan ➜ Kenalan


☑ Pasaran Perdagangan di eToro

⇒ eToro - Leverage

Apakah Leveraj?

Leveraj bermakna menggunakan modal yang dipinjam daripada broker apabila membuka kedudukan. Kadang-kadang pedagang mungkin ingin menggunakan leveraj untuk memperoleh lebih banyak pendedahan dengan ekuiti yang minimum, sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan mereka. Leveraj digunakan dalam gandaan ke atas modal yang dilaburkan oleh pedagang, sebagai contoh 2x, 5x, atau lebih tinggi dan broker meminjamkan jumlah ini kepada pedagang pada nisbah tetap. Leveraj boleh digunakan pada kedudukan beli (panjang) dan pendek (jual). Adalah penting untuk diingatkan bahawa apa-apa kerugian akan digandakan dan begitu juga dengan keuntungan.

Bagaimanakah Leveraj Berfungsi?

  1. Pilih aset yang anda berminat untuk berdagang di platform eToro dan klik BERDAGANG. Tetingkap pop timbul dengan parameter perdagangan akan muncul, seperti yang digambarkan di bawah.
  2. Pilih tab yang sesuai di bahagian atas untuk Jual (pendek) atau Beli (panjang) bagi perdagangan anda.
  3. Tetapkan jumlah modal yang anda ingin laburkan dalam perdagangan tersebut. Tetapkan pengganda leveraj anda. Nisbah ini berbeza berdasarkan aset individu. Sebagai alternatif, anda juga boleh berdagang tanpa menggunakan leveraj dengan memilih 1x.
  4. Tetapkan parameter Hentikan Kerugian dan Ambil Keuntungan. Batasan Hentikan Kerugian diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan risiko kepada modal anda.
  5. Klik TETAPKAN PESANAN untuk meletakkan dagangan. Dagangan akan dimulakan sebaik sahaja pasaran dibuka.

Dagangan dengan leveraj akan diproses sebagai CFD.

Instrumen Manakah Yang Boleh Saya Gunakan Leveraj?

Leveraj boleh digunakan apabila berdagang saham, mata wang, ETF, komoditi dan indeks, dan dalam keadaan tertentu, mata wang kripto. Setiap instrumen mempunyai had maksimum leveraj yang ditetapkan oleh peraturan industri, serta usaha eToro sendiri untuk mempromosikan perdagangan yang bertanggungjawab dan mengurangkan risiko perdagangan dengan leveraj yang tinggi.

Pendedahan maksimum juga akan berubah mengikut jenis akaun. Akaun Pelanggan Profesional eToro membenarkan leveraj yang lebih tinggi, serta pelbagai faedah lain seperti pengurangan kadar margin dan tiada yuran pengeluaran. Hanya pelanggan yang memenuhi kriteria tertentu boleh memilih untuk menjadi Pelanggan Profesional.

>> Contoh-contoh leveraj <<

Apa yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Apabila Berdagang Dengan Leveraj?

Walaupun berdagang dengan leveraj boleh memberikan peningkatan keuntungan bagi perdagangan yang berjaya, ia juga membawa risiko kerugian yang ketara. Walau bagaimanapun, terdapat alat pengurusan risiko yang anda perlukan di eToro untuk membantu mengurangkan kemungkinan kerugian.

  • Hentikan Kerugian: Menggunakan Hentikan Kerugian untuk menutup perdagangan sekiranya pasaran bergerak dalam jumlah tertentu secara berlawanan dengan kedudukan anda. Anda boleh menetapkan Hentikan Kerugian anda mengikut tahap tertentu di pasaran (Kadar) ATAU sebagai jumlah wang, yang juga ditunjukkan sebagai peratusan pelaburan awal anda dalam tetingkap dagangan.
  • Ambil Keuntungan: Tetapkan arahan Ambil Keuntungan untuk menutup kedudukan anda secara automatik apabila keuntungan pada perdagangan anda mencapai jumlah yang anda mahukan.
  • Perlindungan baki negatif: Walaupun tidak dikehendaki oleh undang-undang, dalam keadaan yang jarang berlaku di mana keadaan pasaran menyebabkan baki akaun anda menjadi negatif, eToro akan menyerap kerugian dan akan mengimbangi akaun anda kembali kepada sifar.