Platform Perdagangan dan Pelaburan Yang Terkemuka di Dunia

Khidmat Pelanggan ➜ Kenalan


☑ Pasaran Perdagangan di eToro

⇒ Trading Litecoin (LTC)

Salah satu daripada 10 mata wang kripto terbaik di dunia, Litecoin (LTC), telah menyertai semula kelab pasaran modal yang berjumlah $1 bilion pada tahun 2017, selepas buat kali pertama mencapai tahap tersebut pada tahun 2013. Infrastruktur Litecoin sangat mirip dengan Bitcoin dan oleh itu, sangat dipengaruhi oleh perubahan dalam harga Bitcoin. Selain itu, disebabkan saiznya adalah lebih kecil daripada Bitcoin, ia masih belum diguna pakai oleh kebanyakan pedagang dan bursa. Oleh itu, ia mempunyai potensi pertumbuhan yang amat besar. Oleh kerana ia dicipta pada asalnya sebagai cabang daripada Bitcoin, infrastrukturnya, yang termasuk penambahbaikan terhadap Bitcoin, telah menerima pujian untuk masa pemprosesan yang lebih cepat dan kebolehskalaan.

Siapa yang harus memasukkan Litecoin dalam portfolio mereka?

  1. Pedagang mata wang kripto: Dengan pilihan mata wang kripto yang semakin banyak tersedia, pelaburan dalam Litecoin boleh menjadi sebahagian daripada portfolio mata wang kripto yang seimbang.
  2. Pedagang mata wang: Penggunaan Litecoin dan mata wang kripto lain menjadi semakin meluas sebagai alat lindung nilai untuk pedagang mata wang tradisional.
  3. Pelabur jangka panjang: Beberapa penganalisis meramalkan bahawa pasaran mata wang kripto akan terus berkembang dan meningkat nilai. Oleh kerana itu, membeli dan memegang Litecoin mungkin merupakan satu pelaburan jangka panjang yang baik.
  4. Peminat tegar fintech: Apabila pasaran mata wang kripto berkembang dan lebih banyak pihak kerajaan dan institusi mengesahkannya sebagai satu kaedah pembayaran, Litecoin berpeluang untuk meningkatkan popularitinya dan menerima permintaan yang lebih tinggi.

Apakah yang memacu harga Litecoin?

Pasaran mata wang kripto wujud dalam alam mereka yang tersendiri dan oleh itu, ia sentiasa dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman. Litecoin dicipta untuk menjadi versi Bitcoin yang lebih baik, yang menawarkan masa pemprosesan yang lebih pantas dan sejumlah token yang lebih tinggi akhirnya bakal dikeluarkan. Walaupun trend umum dalam pasaran mata wang kripto boleh menjejaskan LTC bersama dengan mata wang lain, beberapa faktor lain boleh mempengaruhinya secara khusus. Tiga pengaruh penting adalah:

  1. Bitcoin: Walaupun tidak lagi menjadi satu-satunya pemain dalam industri ini, Bitcoin masih menjadi penanda aras untuk mata wang kripto dan lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan Litecoin, disebabkan faktor persamaan dalam teknologi rantaian blok mereka. Oleh itu, harga LTC boleh meningkat disebabkan oleh kenaikan harga Bitcoin.
  2. Ketersediaan: Sejak mata wang kripto dibeli dan dijual menggunakan pelbagai bursa dan tidak semua perkhidmatan menawarkan semua mata wang, apabila bursa utama menambah Litecoin kepada penawarannya, perkara tersebut boleh meningkatkan harganya.
  3. Permintaan yang mendadak: Kadang-kadang mata wang kripto tertentu mengalami peningkatan permintaan yang mendadak. Ini mungkin hasil daripada liputan akhbar, mata wang bersaing yang menerima khabar negatif, atau populariti yang mendadak di pasaran baharu. Sebagai contoh, pada bulan Mac 2017, pelabur dari negara China secara tiba-tiba mengambil minat dalam Litecoin, menyebabkan harganya meningkat dengan ketara.

Litecoin: Bitcoin yang lebih baik?

Pada awal tahun 2017, terdapat perdebatan utama dalam komuniti Bitcoin mengenai kemungkinan berlaku hard fork. Pada asasnya, anggota komuniti telah memprotes mengenai transaksi yang semakin rendah-kelajuan pemprosesan, mahukan perubahan dalam platform rantaian blok yang mendasarinya. Ahli komuniti yang bersikap konservatif menentang perubahan tersebut dan kemungkinan Bitcoin untuk berpecah menjadi dua atau lebih mata wang muncul. Walau bagaimanapun, oleh kerana Litecoin telah dicipta untuk berskala yang lebih baik, penyelesaian sebenarnya terhasil daripada satu penyelesaian yang telah dilaksanakan dalam kod Litecoin itu sendiri.

Litecoin telah menambah satu mekanisme yang dipanggil SegWit, yang dalam istilah termudah, menjadikan rantaian blok Bitcoin lebih pantas. SegWit membolehkan lebih banyak data-per-blok untuk diproses pada masa-masa yang tertentu dan menambah kelajuan transaksi. Ahli utama masyarakat Bitcoin mengatakan bahawa SegWit adalah penyelesaian yang akan mencegah hard fork dan menghalang perpecahan Bitcoin, memberikan kelulusan kepada Litecoin.

Analisis Teknikal untuk Litecoin