☑ Pasaran Perdagangan di eToro
⇒ Trading Stellar (XLM)
Stellar adalah platform yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan kewangan, seperti pemindahan wang, pembayaran mikro dan kiriman wang, serta pertukaran mata wang yang berbeza, mata wang kripto dan token-token yang lain. Berasaskan protokol Ripple Labs, dan kemudian bertukar ke platformnya sendiri, Stellar beroperasi sebagai organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan, dengan beberapa individu yang terkenal dari ruang teknologi yang terbaik. Jadi apakah duit syiling Stellar? Sama seperti token XRP Lab Ripple, token Stellar, yang dikenali sebagai Lumen (atau XLM) mempunyai nilai individu yang sangat rendah. Namun begitu, kedudukan pasaran modal keseluruhan XLM Stellar adalah sebagai salah satu daripada mata wang kripto utama dunia. Pendekatan Stellar agak berbeza berbanding mata wang kripto yang lain, disebabkan beberapa misi yang diisytiharkan termasuk memerangi kemiskinan dan menyediakan penyelesaian kewangan untuk individu tanpa bank.
Siapa yang harus memasukkan Stellar dalam portfolio mereka?
- Pedagang mata wang kripto: Oleh kerana Stellar adalah salah satu mata wang kripto utama di dunia, pedagang dan pelabur yang menumpukan pada mata wang kripto harus mempertimbangkan untuk melabur di dalamnya, sebagai sebahagian daripada portfolio yang seimbang.
- Peminat rantaian blok: Penggunaan utama platform Stellar adalah dalam bidang kewangan, salah satu industri terawal yang menggunakan rantaian blok. Oleh itu, mereka yang percaya bahawa fenomena ini akan berkembang, dan lebih banyak perniagaan akan menggunakan teknologi tersebut, boleh membeli XLM.
- Pedagang harian: Seperti semua mata wang kripto, carta XLM boleh memaparkan perubahan harga yang ketara dalam masa satu hari. Oleh itu, pedagang sering cuba memanfaatkan pergerakan ini dengan harapan dapat menjana keuntungan jangka pendek.
- Teknologi untuk peminat perubahan sosial: Salah satu misi Stellar adalah untuk membantu mengurangkan kemiskinan global dan menawarkan penyelesaian kepada masyarakat yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan. Pelabur boleh membeli Lumens sebagai cara membantu Stellar mempromosikan agenda sosial mereka.
Apakah yang mendorong harga Stellar?
Seperti kebanyakan mata wang kripto yang lain, Stellar muncul pada tahun 2017, menunjukkan keuntungan yang besar dan mencapai pasaran modal dalam jumlah berbilion-bilion. Walaupun didorong oleh trend kenaikan harga kripto, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mempengaruhi harga syiling XLM. Memandangkan ia dicipta dengan tujuan untuk menyokong aplikasi dunia sebenar, harganya terdedah kepada pengaruh yang berkaitan dengan kripto dan bukan kripto:
- Bitcoin: Mata wang kripto pertama yang masih mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran. Walaupun beratus-ratus altcoin baharu yang diperkenalkan sejak pelancarannya, Bitcoin masih merupakan kripto yang paling berpengaruh, dan apabila ia menunjukkan ketidaktentuan, ia sering mempengaruhi keseluruhan pasaran.
- XRP oleh Ripple Labs: Memandangkan cara kerja Stellar sama dengan protokol Ripple Labs, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa kedua-duanya dilihat sebagai berkaitan oleh beberapa pelabur. Oleh itu, berita atau pergerakan harga yang berkaitan dengan satu pihak, boleh memberi kesan kepada pihak yang lain.
- Penerimaan arus perdana: Protokol Stellar boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi kewangan. Oleh itu, apabila ia diterima pakai oleh sebuah syarikat terkenal, ia boleh meningkatkan kredibiliti dan mungkin menyebabkan kenaikan harga Stellar Lumens.
- Kesan sosial: Salah satu agenda utama Stellar adalah untuk membantu pihak yang kurang mendapat akses ke perkhidmatan kewangan. Oleh itu, kejayaan organisasi dapat dicapai dengan cara selain keuntungan kewangan, seperti menunjukkan kemajuan dalam mempromosikan perubahan sosial.
Protokol Stellar: Menjadikan wang lebih bijak
Protokol Stellar membolehkan pemindahan dan pertukaran mata wang dan mata wang kripto yang berbeza, menggunakan Lumens sebagai mata wang pengantara. Lebih-lebih lagi, disebabkan ia berasaskan rantaian blok, ia juga dibina dengan cara yang memastikan kedua-dua belah pihak mendapat kadar pertukaran yang terbaik. Platform ini secara automatik mendapatkan kadar terbaik untuk setiap transaksi dan mengenakan pecahan XLM sebagai bayaran, mengakibatkan setiap transaksi berharga kurang dari satu sen sebagai komisen.
Oleh itu, ia telah menarik banyak perhatian dalam dunia teknologi dan kewangan, serta membuahkan beberapa perkongsian menarik. Sebagai contoh, IBM telah memilih Stellar sebagai platform untuk mendasarkan penyelesaian pembayaran rentas sempadannya. Penyelesaian ini bertujuan untuk secara drastik mengurangkan masa yang diperlukan untuk memindahkan wang dari satu negara ke negara lain, dan telah mendapat perhatian dari beberapa institusi kewangan utama.
Sejarah Stellar
Stellar telah ditubuhkan pada tahun 2014, disokong oleh organisasi tidak bermotifkan keuntungan, Yayasan Pembangunan Stellar. Ahli-ahli pengasas Stellar memang sudah dikenali dalam dunia teknologi. Pengasas bersama adalah Jed McCaleb, pengasas penyelesaian perkongsian fail P2P yang popular, eDonkey, dan Joyce Kim, seorang eksekutif modal teroka yang veteran.
Pada asalnya berasaskan protokol Lab Ripple, rangkaian tersebut kemudian dibahagikan kepada pembentukannya sendiri. Pada tahun 2015, Stellar telah menjalani pembaikpulihan lengkap, mengubah kod asasnya dan mewujudkan algoritma konsensus berasaskan pelayan baharu sepenuhnya untuk meluluskan transaksi. Setiap pelayan di rangkaian boleh meluluskan transaksi pada setiap 2-5 saat dan dan setiap perubahan dicatatkan pada lejar umum yang dikemas kini pada kadar yang sama. Ini memastikan masa urus niaga yang pantas dan pengesanan masa sebenar bagi setiap pemilik token XLM.
Sama seperti kebanyakan mata wang kripto yang lain, Stellar mempunyai tahun yang cemerlang pada tahun 2017, secara dramatik meningkat nilai dan mencapai modal pasaran yang bernilai berbilion-bilion dolar, meletakkan dirinya sebagai 10 mata wang kripto terbaik.
Kesimpulan: Stellar boleh memanfaatkan rantaian blok untuk kebaikan
Dalam ruang mata wang kripto dengan nilai berbilion dolar yang serba pantas, kedudukan Stellar amat menarik. Ia mempunyai persamaan dengan syarikat rantaian blok yang lain, seperti Ripple Labs dan Ethereum, tetapi berfungsi sebagai organisasi tidak bermotifkan keuntungan, dan secara aktif berfungsi untuk menggalakkan perubahan sosial. Apabila disatukan dengan modal yang semakin meningkat, teknologi pemindahan wang yang cekap, dan perkongsian dengan nama besar, masa depan Stellar amatlah cerah.
Revolusi mata wang kripto mempunyai satu lagi kesan sampingan yang besar, iaitu untuk mengutarakan teknologi rantaian blok. Walaupun dunia kewangan berminat dengan syiling kripto, dunia berteknologi amat berminat dengan kemungkinan menggunakan rantaian blok untuk tujuan-tujuan lain. Syarikat-syarikat seperti Stellar, Ripple Labs, Ethereum dan NEO semuanya memperjuangkan penggunaan rantaian blok untuk pelbagai aplikasi, dan menyebabkan nilai mata wang kripto mereka meningkat. Stellar adalah salah satu daripada syarikat yang menawarkan banyak pilihan bukan hanya sekadar pelaburan, dan oleh itu, menjadi lebih relevan pada tahun-tahun mendatang.


